• Jonathan Shiek

Starbucks Melancarkan Minum Terbaru Yang Pasti Menggamit Kenangan Waktu Kecil!

Siapa sahaja tak rindu zaman kanak-kanak kan? Berita gembira buat peminat Starbucks, mereka kini melancarkan tiga minuman terbaru yang diinspirasikan oleh manisan dan gula-gula zaman kecil anda, ia terdiri daripada Starbucks Neapolitan Frappuccino, Starbucks S’mores Frappuccino dan Starbucks Chocolate Truffle Nitro Cold Brew.

Dengan harga bermula daripada RM17, minuman ini bukan sahaja sesuai untuk menyejukkan tekak anda pada musim panas ini malah ia juga pastinya akan mengimbau kenangan anda!

Kombinasi perisa klasik strawberi, vanila dan coklat pastinya akan mengingatkan anda pada zaman kanak-kanak anda ketika anda dapat makan aiskrim pada waktu petang. Minuman yang manis dan menyegarkan ini juga didatangkan dengan topping kon aiskrim yang cukup manis dan lazat!

Jika anda banyak menyertai ‘camping’ pada zaman sekolah dahulu, tidak lengkap rasanya jika anda tidak menikmati marshmallow dan biskut yang dipanggang kan?

Itulah rasanya dalam minuman S’more Frappucino ini, kombinasi rasa berkrim dan pahit daripada kpoi serta kemanisan dari sirap vanila pasti membuatkan anda berasa puas hati! Sedap!

Buat penggemar kopi pula, anda perlu mencuba Chocolate Truffle Nitro Brew ini! Kopi yang dibru sejuk bersama topping chocolate cold foam ini pasti membuatkan anda berasa segar dan nyaman!

Korang kena cuba rangkaian terbaru daripada Starbucks ini, cepat selagi stok masih ada!

1 view0 comments