• Jonathan Shiek

Starbucks Jepun Sambut 25 Tahun Dengan Keluarkan 47 Perisa Terbaru !

Baru-baru ini, Starbucks Coffee di negara Jepun meraikan ulangtahun yang ke-25 tahun sejak pembukaan cawangan pertama mereka di Ginza, Tokyo pada tahun 1996 buat pertama kalinya. Kemudian, Starbucks di Jepun secara perlahan-lahan mula mengembangkan cawangan pada setiap 47 wilayah dan kini dianggarkan hampir 1,600 cawangan sudah mula bertapak di Jepun sekarang.

Pada Rabu lalu, Starbucks Coffee Japan Sdn.Bhd mula melancarkan kempen terbaru dengan nama 47JIMOTO Frappucino di kesemua cawangan di Jepun. Dengan perasa asli bagi setiap wilayah di Jepun. Setiap wilayah mempunyai cerita dan latar belakang tersendiri untuk menghasilkan rasa asli kopi Starbucks ini, menurut dari komuniti setempat.


Tujuan kempen ini diciptakan adalah untuk menghargai setiap pelanggan dari wilayah masing-masing dengan membeli air minuman di kedai Starbucks . Bagi menjayakan kempen 47JIMOTO Frappucino ini pihak Starbucks Jepun berkolaborasi dengan orang tempatan di setiap 47 wilayah ini, untuk mencipta idea air minuman sebagai tanda terima kasih buat para pelanggan tempatan mereka.

Sumber artikel asal dari JapanToday

1 view0 comments