• Syaziyah Md Sharif

Stadium Kini Dibuka Untuk Penonton Bagi Negeri Dalam Fasa 2, 3 Dan 4

Bagaimanapun, penonton diwajibkan telah lengkap dua dos vaksin

Gambar Hiasan

Berita baik untuk peminat sukan, kerajaan semalam mengumumkan kelonggaran baru dalam Pelan Pemulihan Negara.


Antara kelonggaran itu ialah menonton perlawanan bola sepak, menghadiri bengkel dan perasmian dengan syarat tetamu telah menerima vaksin lengkap untuk negeri di Fasa 2, 3 dan 4.


Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat selepas mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Pandemik Covid-19.


“Kerajaan juga membenarkan pembukaan sektor latihan kemahiran dan pusat latihan industri termasuk kolej vokasional, TVET dan sebagainya di semua fasa dengan mematuhi SOP selaras dengan pembukaan institut pengajian tinggi berkuatkuasa 15 Oktober ini,” katanya dalam satu kenyataan.


Tambahnya, kehadiran penonton ke tempat perlawanan sukan dan rekreasi di negeri Fasa 2, 3 dan 4 juga dibenarkan dengan syarat-syarat tertentu.


Menurut Ismail Sabri, antara syarat itu termasuk memakai pelitup muka, menerima vaksin lengkap dan tiada aktiviti makan minum sepanjang berada di stadium.


Kanak-kanak berusia di bawah 18 tahun tidak dibenarkan untuk menonton perlawanan di tempat acara sukan berlangsung.




Sumber: Kosmo!

9 views0 comments