• Jonathan Shiek

Sri Lanka Pecat Menteri Kesihatan Atas Sebab Guna Sihir Dan Jampi

Presiden Sri Lanka memecat menteri kesihatan dengan terbuka kerana dia menggalakkan penggunaan ramuan sihir dan jampi untuk memerangi COVID-19, ketika jumlah jangkitan dan kematian akibat virus itu berada pada tahap tertinggi.

Pejabat Presiden Gotabaya Rajapaksa berkata, portfolio kesihatan Pavithra Wanniarachchi telah diberikan kepada Menteri Media, Keheliya Rambukwella yang juga jurucakap kerajaan.

Wanniarachchi berada dalam rawatan intensif pada Januari lalu selepas dijangkiti virus itu walaupun secara terbuka mengakui mengamalkan pengambilan ‘ramuan ajaib’ untuk COVID-19 yang dibuat oleh ahli sihir.

Dia juga menuangkan sebotol ‘air berkat’ ke sungai pada bulan November selepas seorang lelaki yang mengaku dewa memberitahunya bahawa ia akan mengakhiri wabak di negara kepulauan yang berjumlah 21 juta orang itu.

Kementerian Kesihatan Sri Lanka di bawah Wanniarachchi mendapat kritikan hebat minggu lalu kerana mengambil ringan jangkitan COVID-19.

Walaupun diturunkan pangkat, Wanniarachchi kelal berada dalam kabinet di mana beliau diberikan jawatan kurang penting iaitu di kementerian pengangkutan.

Sumber: Berita Harian

0 views0 comments