• shafika9

‘Squid Game’ Dikatakan Terlampau Ganas, Tak Sesuai Ditonton Oleh Golongan Umur 20 Tahun Kebawah

Kalau korang masih tak cukup umur lagi, baik elakkan menonton

Kredit foto: AllKpop


Siapa saja yang tidak mengenali drama siri terbaru yang kini masih lagi hangat ditayangkan di saluran penstriman digital berbayar iaitu Netflix. Malah, drama siri ini bukan saja popular dikalangan peminat K-drama sendiri, ia turut juga mengundang kecaman dari sesetengah penonton kerana didakwa terlalu banyak adegan ‘berdarah dan kejam’.


Drama siri yang mempunyai sembilan episod secara keseluruhannya itu telah menduduki kedudukan pertama dalam carta Netflix di 76 negara pada masa kini. Adegan seperti watak yang ditembak di kepala dan pengambilan organ amat tidak sesuai dipaparkan kepada khalayak ramai. Penonton melahirkan rasa kebimbangan berikutan aksi keganasan yang berlebihan ditayangkan dan ramai mengesyorkan drama itu dilarang bagi penonton berusia di bawah 20 tahun kerana ‘terlalu mengaibkan’.


Netflix menerima kutukan terhadap drama yang ditayangkan kerana ia sememangnya mengandungi unsur ‘soft porn’ termasuk membenarkan penculikan, keganasan serta kekejaman yang semuannya dipromosikan di platform tersebut.

‘Squid’ Game’ ini mengisahkan sebuah permainan tradisional Korea Selatan yang disertai individu yang mempunyai masalah dalam kehidupan masing-masing seperti hutang mahupun gangguan emosi. Mereka menyertai permainan kanak-kanak ini tanpa menyedari ia adalah sebuah permainan yang meragut nyawa demi mengejar kemenangan 45.6 bilion won (RM 161 juta).


Keseluruhan mempunyai enam permainan dan setiap pemenang akan mara ke peringkat seterusnya dan manakala watak yang tewas akan ditembak oleh skuad bertopeng berpakaian baju merah. Menerusi dari episod terakhir, watak utama akan beradu antara satu sama lain dan Gi Hun ditugaskan membunuh kawan rapatnya demi memenangi hadiah utama mencecah ratusan juta itu.


Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia


6 views0 comments