• Jonathan Shiek

‘Space Sweepers’, Filem Korea Berkonsepkan Angkasa Lepas Yang Korang Patut Nantikan!

Para peminat Netflix dah bersedia untuk tonton filem terbaru dari korea Selatan? Ramai diantara kita untuk memilih menonton rancangan kegemaran Netflix di rumah. Kali ini, Netflix telah mengeluarkan trailer K-Movies terbaru ‘Space Sweepers’ yang tak lama lagi bakal menemui korang di kaca TV.

Filem yang berkonsepkan angkasa lepas seperti mengingatkan filem Stars Wars. Mengisahkan mengenai kru kapal The Victory yang bertugas untuk mengumpul sisa berbahaya di angkasa lepas. Kemudian, mereka terjumpa dengan sebuah robot berbentuk manusia yang dipanggil Dorothy merupakan senjata pemusnah massal. 

Sejak dari kejadian tersebut, kehidupan kru kabin mula berubah dan terlibat pelbagai ancaman bahaya dekat alam semesta. Filem ini dilakonkan oleh bintang ternama seperti Song Joong Ki, Kim Tae Ri dan Ji Seon Kyu.

Adalah filem ini, dapat menandingi seperti filem K-Movie yang lain? Sama-sama kita nantikan keluaran filem terbaru ini nanti pada 5 Februari 2021. Selamat menonton semua!

Korang juga boleh check trailer pendek ‘Space Sweepers’ di bawah ini.




Sumber artikel asal dari VOCKET 

#SongJoongKi #spacesweepers

0 views0 comments