• shafika9

Sony Tarik Semula Game Cyberpunk 2077 Dari PlayStation Store

Updated: Sep 24, 2021

Eh! kenapa pihak Sony tarik semula game ini? Padahal game ini baru je dilancarkan 10 Disember yang lalu. Baru-baru ini, pihak Sony mengumumkan untuk menarik semula game Cyberpunk 2077 dari PlayStation Store. Tapi kenapa?

Sumber: Techradar

Atas sebab faktor beberapa isu berkenaan game ini pada pengguna di konsol Playstation 4 (PS4). Isu tersebut ada masalah dari segi prestasi permainan yang teruk dan kerap berlaku crushes pada base PS4 sendiri. Berkemungkinan juga pelanggan menggunakan konsol PS5 akan mengalami perkara sama. 

Pihak Sony juga memberitahu di ruang laman Twitter rasmi berkenaan pemulangan wang penuh kepada pembeli game ini. Hanya pembeli yang membeli di PlayStation Store saja tau! akan dapat refund sepenuhnya. So, korang jangan lah risau, sekiranya dah terbeli game ini secara atas talian, tapi korang masih boleh tuntut refund dari pihak Sony sendiri.

SIE strives to ensure a high level of customer satisfaction, and we will begin to offer a full refund for all gamers who have purchased Cyberpunk 2077 via PlayStation Store and want a refund. Please visit the following link to initiate the refund: https://t.co/DEZlC0LmUG. — Ask PlayStation (@AskPlayStation) December 18, 2020

Sekiranya, korang ada niat nak beli game ini dalam masa terdekat secara atas talian, baik simpan saja niat itu terlebih dahulu sebelum membeli (hanya bagi pengguna Playstation saja). Sangat bagus Sony mengambil langkah seperti ini, bagi penambahbaikan prestasi game tersebut. Mungkin ada para gamers dah rasa kecewa selepas bermain game ini. 

Ada diantara korang dah beli ke game Cyberpunk 2077 ini ? So, macam mana permainan ini so far ? Best tak ? Sila berikan pandangan korang dibawah ruangan komen ya. 

Sumber artikel asal tom’s HARDWARE

#Sony

0 views0 comments