• Jonathan Shiek

Skechers Keluarkan 4 Koleksi Kasut Terbaru Bertemakan Anime One Punch Man

Adakah korang peminat tegar anime One Punch Man? Sekiranya ya, semestinya korang akan melakukan apa saja demi untuk mengumpul barang koleksi animasi tersebut betul tak? Kini, Skechers bekerjasama dengan anime kesukaan ramai iaitu One Punch Man untuk menghasilkan empat jenis koleksi kasut dengan nama siri: Skechers X One Punch Man Collection.

Kasut ini sesuai dipakai oleh lelaki dan wanita. So, korang jangan risau ia adalah Unisex. Setiap warna kasut yang dikeluarkan adalah dari setiap karakter penting dalam siri animasi One Punch Man iaitu Saitama, Genos, Tornado dan Sonic.

Saitama / One Punch Man

Sumber: NYLON

Warna yang dipilih adalah berwarna kuning terang dan putih jalur, sememangnya sangat kena dengan karater Saitama. Lihat saja pada kasut ini, terus nampak menonjolkan lagi-lagi bila dipakaikan pada kaki kita.

Genos

Sumber: NYLON

Pemilihan bagi warna kasut untuk karakter Genos adalah biru gelap. Penampakkan dua tona warna yang gelap, iaitu hitam dan biru gelap membuatkan ia nampak lebih ranggi dan sempurna.

Tornado

Sumber: NYLON

Bagi karater Tornado yang menggunakan warna hijau terang dan putih. Warna kasut ini, sangat kena pada karakternya yang berambut hijau mahupun kuasanya.  Warna ini semestinya akan digemari oleh para peminat warna hijau. 

Sonic

Sumber: NYLON

Koleksi terakhir adalah Sonic, dimana wataknya berkuasa bergerak sepantas kilat dan ninja. Warna dipilih pada kasut ini adalah ungu gelap dan hitam. 

Mesti korang tertanya-tanyakan, berapalah harga sebuah kasut Skechers ini? Harga jualan unit bagi sebuah kasut koleksi One Punch Man ini boleh didapati RM 459. Korang juga boleh pergi ke kedai Skechers sendiri di cawangan berikut:

  1. 1 Utama Shopping Centre

  2. Mid Valley Megamall

  3. Pavillion Kuala Lumpur

  4. Sunway Pyramis

  5. Suria KLCC

  6. The Intermarks Mall

Dan juga beberapa cawangan lain, yang korang boleh dapati kasut koleksi One Punch Man ini. Jadi, warna manakah yang menjadi pilihan korang untuk membeli? Komen diruangan bawah ini tau.

#onepunchman #skechers

0 views0 comments