• Syaziyah Md Sharif

Siti Nurhaliza Bantu Peniaga Kecil Di Laman Instagramnya

Updated: Sep 24, 2021

Penyanyi No.1 Negara Dato Sri Siti Nurhaliza menawarkan ‘review’ makanan secara percuma di laman Instagramnya.

Menurut Siti Nurhaliza yang menawarkan promosi secara percuma menerusi laman sosial Instagramnya itu, perkara itu secara tidak langsung memberikan pendedahan kepada peniaga yang terkesan ketika pandemik.

“Niat saya hanya untuk membantu peniaga-peniaga kecil terutamanya peniaga makanan” katanya dalam temubual bersama Astro Awani.

“Dalam kehidupan mereka mungkin ada yang terkesan dibuang kerja, ada yang tidak boleh meneruskan pekerjaan dengan kekangan dan sebagainya… jadi saya bantu ikhlas daripada hati untuk semua peniaga-peniaga ini,” katanya lagi

Penyanyi tersohor itu menerima pelbagai jenis produk makanan sepanjang PKP ini.

Terima kasih Tokti!

Sumber: Astro AWANI

0 views0 comments