• Syaziyah Md Sharif

Siti Nurhaliza Bakal Menimang Cahaya Mata Lelaki

Updated: Sep 21, 2021

Penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengesahkan yang beliau akan menimang cahaya mata menerusi kehamilannya yang kedua ini. 

Dalam sesi live di aplikasi Shopee, ‘Love With Datuk Seri Siti Nurhaliza’, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang ditemani suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa memberi perkhabaran itu dengan gembira. 

Datuk Seri Siti juga memberitahu anaknya nanti akan dinamakan dengan huruf awalan ‘A’, “Semua anak lelaki (saya) bermula dengan Muhammad. Nanti di awalnya selepas itu huruf ‘A’ lah,” katanya.

Credit: The Star


Beliau juga berkongsi, kehamilannya pada kali ini membuatkan dirinya terpaksa mengelak makanan pedas. 

“Saya tak adalah nak mengidam makan makanan yang bukan-bukan atau yang susah nak dapat. Cuma, perbezan paling ketara yang saya rasa sebelum dan semasa hamil ini, saya dah tak boleh makan pedas.

“Walhal sebelum ini, saya suka sangat makan makanan pedas. Bila mengandung ini, tak boleh pula. Jadi, bila makan itu rasa tak puas. Bilik tanya nak makan apa..hanya makan sup sahaja,” katanya.

Hasil perkahwinannya dengan Datuk Seri Khalid Jiwa sejak 2006, pasangan ini sudahpun mempunyai seorang puteri yang bernama Siti Aafiyah. 

Kedua-dua anak penyanyi tersohor ini hasil daripada persenyawaan in-vitro (IVF)

0 views0 comments