Β 
  • Jonathan Shiek

Siri Animasi Keluang Man Bakal Buat β€˜Comeback’ Pada Tahun Ini ?

Siapa yang tak mengenal siri animasi televisyen Keluang Man yang pernah menceriakan hari-hari kita semasa kecil ketika dahulu. Ia pernah bersiar sejak tahun 1996 lagi dan kebanyakkan dari kita mesti membesar dengan siri kartun ini.Β 

Berdasarkan dari sebuah ciapan seorang pengguna media sosial @Topanesta di laman Twitter miliknya dan memuat naik sebuah video yang dipercayai adalah sebuah trailer rasmi siri animasi berkenaan berdurasi sekitar 26 saat.Β 

KLUANGMAN NAK COMRBACK WOIIIII!!!! πŸ™€πŸ™€πŸ™€πŸ™€ pic.twitter.com/J193wY34Ns β€” Tokey Sticker (@Topanesta) March 16, 2021

Walaubagaimanapun, tak pasti adakah video ini asli atau tak. Mungkin juga hanya sebuah video yang dihasilkan oleh peminat siri Keluang Man. Tetapi bila lihat sahaj klip video tersebut, seakan-akan nampak betul dan berkemungkinan ia benar-benar akan dikeluarkan nanti.

Adiwira Keluang Man ini tiada kuasa tetapi wataknya mempunyai naluri dan sikap kejujuran yang kuat. Dia juga seorang adiwira yang periang dan pada masa yang sama dianggap gila kerana menetap di Hospital Bahagia Tumpoi. Apa-apa kita nantikan dahulu, sama ada animasi ini akan keluar secara rasmi atau tak.Β 

Sumber artikel asal dari VOCKET

0 views0 comments
Β 
Β