• Jonathan Shiek

Sijil Pengecualian Kepada Individu Yang Tak Boleh Diberikan Vaksin

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin berkata individu berkenaan termasuk mereka berdepan alahan atau kurang daya tahan jangkitan sahaja.  Jelas beliau lagi, kerajaan akan berlaku adil untuk kepada kumpulan individu tersebut sebelum pemakluman kepada negara luar.

“Disebabkan atas prinsip keadilan bagi mereka yang tak boleh menerima suntikan, seperti immunocompromised (kurang daya tahan jangkitan) atau alahan yang serius, mereka juga sedang difikirkan bagaimana sijil pengecualian boleh diberikan kepada mereka.

Beliau juga berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melahirkan kebimbangan berkaitan cadangan mewujudkan pasport vaksin bagi membolehkan perjalanan antarabangsa semasa pandemik.

Menurut Pengarah Kecemasan WHO, Dr. Michael Ryan, setakat ini agensi kesihatan menyarankan bahawa pasport vaksin tak perlu dilaksanakan buat masa kini.

Sumber artikel asal dari Astro Awani

1 view0 comments