• Jonathan Shiek

Siapa Sangka Bertemu Jodoh Dengan Bekas Bapa Mertua Tiri

Seorang wanita di Amerika Syarikat tidak menyangka hubungan rapat dengan bapa mertua tirinya membawa kepada bibit cinta sehingga mereka membuat keputusan untuk berkahwin, lapor akhbar The Mirror baru-baru ini.

Erica Quiggle, 31, mula rapat dengan Jeff Quiggle, 60, ketika dia mengalami masalah dalam perkahwinan pertamanya sekitar tahun 2011.

Jeff merupakan ayah tiri kepada suami Erica, Justin Towell.

Mereka mula menjadi sahabat baik dan banyak menghabiskan waktu bersama sehingga mendorong terbitnya perasaan cinta.

Beberapa tahun kemudian, perkahwinan Erica dengan suaminya, Justin berakhir dan pada masa yang sama, Jeff bersama turut bercerai dengan isterinya.

Enggan melukakan hati sesiapa, Erica cuba melawan perasaan tersebut, namun dia tidak mampu menyembunyikannya lagi apabila Jeff berterus-terang tentang perasaannya kepada wanita itu pada tahun 2017.

Kedua-dua pasangan itu kemudiannya berkahwin pada bulan Ogos 2018 di rumah idaman mereka serta dikurniakan seorang anak perempuan.

Lebih menggembirakan pasangan itu adalah apabila Justin serta bekas isteri Jeff yang merupakan bekas ibu mertua Erica merestui hubungan tersebut dan tiada lagi persengketaan antara mereka.

Sumber: The Mirror 

0 views0 comments