• shafika9

Si Isteri Mengetahui Anak Angkatnya Hamil Hasil Perhubungan Bersama Suaminya

Updated: Sep 21, 2021

Seorang  wanita Vietnam, nama samaran Nyugen mengetahui anak angkatnya yang dijaga selama 10 tahun, mengandung anak suaminya sendiri. Nyugen dan suaminya bersama empat anak lelakinya tinggal sekali di Australia dan mempunyai keluarga yang sangat bahagia. 

Sumber: ETtoday

Nyugen dan suaminya berbincang untuk mengambil anak angkat perempuan seperti mana yang mereka impikan selama ini. Namun tak disangkakan anak angkatnya menjadi penyebab rumah tangganya menjadi krisis yang teruk. Anak angkatnya, atau nama samaran Alice telah dijaga sejak usia 6 ke 7 tahun lagi dan sehingga kini hampir 10 tahun menjaganya. Mengikut dari ETtoday, Alice semakin rapat dengan suaminya dan melakukan hubungan tersebut apabila Nyugen tiada di rumah. 

Sumber: ETtoday

Setelah disiasat dengan teliti, akhirnya hubungan mereka terbongkar dan Nyugen dapat mengetahui Alice sedang mengandung anak suaminya. Nyugen membuat keputusan untuk berbincang perkara ini dengan peguamnya. Nyugen juga membuat spekulasi bahawa Alice mungkin nak cuba mendapatkan pendaftaran isi rumah dan identiti diri di Australia. 

Sumber dari artikel asal ETtoday

#Wanita #suami #vietnam #Isteri #Hamil

0 views0 comments