• Jonathan Shiek

Sharifah Aryana Selamat Bergelar Isteri!

Pelakon filem Mukhsin, Sharifah Aryana yang juga anak lagenda lakonan, Fatimah Abu Bakar, selamat bergelar isteri kepada Jad Hanif Jimmy dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan semalam.

Sharifah Aryana atau lebih mesra disapa Yana, 26, menerusi Instagram berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto bersama suaminya setelah diijab kabul.

“Alhamdulillah selesai sudah majlis akad nikah. Terima kasih kepada semua yang sempat hadir secara online (dalam talian) terutama keluarga di Kuching. Insya-Allah kami akan ke sana nanti,” katanya.

Yana turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu melancarkan untuk majlis pernikahannya.

“Terima kasih semua ikhlas dari hati saya,” kata Yana.

Beliau dinikahkan sendiri oleh bapanya, Syed Zainal Rashid Alyahya dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat.

Bagaimanapun majlis pernikahan Yana tidak dapat dihadiri pihak keluarga pengantin lelaki kerana berada di Kuching, Sarawak.

Mereka hanya menyaksikan majlis tersebut berjalan secara dalam talian ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan di beberapa buah negeri.

Sumber: Kosmo 

0 views0 comments