• Jonathan Shiek

Setiap Kali Buang Air Besar Boleh Dapat Wang

Pernah ke korang terfikir, setiap kali manusia membuang air besar akan mendapat pulangan wang ? mesti tak pernah betulkan ? ya, ini merupakan perkara yang baru dimana salah seorang profesor sebuah universiti di Korea Selatan mencipta tandas yang mesra alam. 

Setiap pengguna yang membuang air besar tak akan pulang dengan tangan kosong, malah boleh menerima wang secara digital setiap kali membuang air besar. Rasa berbaloikan sistem ini ?  Tandas ini digelar sebagai BeeVi yang dihubungkan kepada sebuah makmal yang mengumpul najis manusia dan ditukarkan kepada tenaga dalam bentuk biogas.

Tandas itu menggunakan pam vakum yang membawa kesemua najis manusia ke sebuah tangki dibawah tanah. Apabila berada dalam tangki, mikroorganisma akan meleraikan najis manusia dan menukarkannya kepada gas metana. 

Penghasilan gas mentana ini, ia boleh digunakan sebagai bahan bakar dengan pelbagai tujuan seperti memasak. Menurut Profesor Cho Jae Weon dari Institut Sains dan Teknologi Kebangsaan Ulsan, najis amat berharga dalam penghasilan tenaga dan baja. Ia amat penting untuk menggunakan sebaik mungkin bagi kitaran ekologi.

Penggunaan tandas BeeVi ia boleh menebus wang digital sebanyak 10 Ggool sehari. Jumlah ini boleh digunakan untuk membeli kopi, mee segera atau buah-buahan. 

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments