• Jonathan Shiek

Setelah 18 Pembedahan, Influencer Ini Mengaku Dirinya Orang Korea

Seorang influencer yang telah menjalani 18 pembedahan untuk kelihatan seperti bintang K-pop Jimin dari kumpulan BTS, telah dikecam setelah mendedahkan yang dia kini ‘orang Korea’ setelah menjalani pembedahan.

Oli London, 31, dari London, menjadi berita utama pada Oktober 2018 setelah berita diberitakan bahawa mereka telah menghabiskan lebih dari £ 75,000 untuk pembedahan untuk kelihatan seperti Jimin dari boyband Korea BTS.

Influencer itu, yang mempunyai ratusan ribu pengikut di platform media sosial termasuk TikTok dan Instagram, mengatakan bahawa dia “sangat tidak gembira dengan siapa dirinya sejak lapan tahun lepas”.

Rata-rata netizen mengkritik perbuatannya dan dia dikatakan tidak menghormati budaya. London mengatakan bahawa dia mahu orang lain menghormati keputusannya setelah mendapat reaksi sebegitu.

Dalam satu kenyataan di Sky News, dia berkata: “Saya bukanlah ingin bersikap negatif atau mencetuskan kontroversi. Saya adalah manusia yang hidup dalam kebenaran dan ini adalah kenyataan bagi mereka yang tidak dapat menunjukkan siapa diri merka yang sebenar.”

Dalam video itu, dia menunjukkan hasil pembedahannya – yang merangkumi face lifitng, eye lifting dan pembuatan gigi – dia berkata: “Saya tahu banyak orang tidak memahami saya, tetapi saya mengaku sebagai orang Korea dan saya kelihatan seperti orang Korea sekarang.”

0 views0 comments