• Jonathan Shiek

Sesi IG Live Caprice Bersama Influencer Israel Tarik Perhatian Netizen

Konflik di antara rakyat Palestin dan Israel menjadi perhatian orang ramai bukan sahaja di Malaysia, malah di beberapa buah negara yang prihatin terhadap nasib malang yang menimpa mangsa-mangsa Palestin.

Baru-baru ini, penyanyi rap terkenal Caprice berani menampilkan diri untuk mengulas mengenai isu ini bersama dua orang influencers Israel yang bernama Orin dan Shiraz.

Menerusi platform Instagram miliknya, Caprice mendapat lebih 200 ribu tontontan semasa Instagram Live itu berlangsung kira-kira sehingga mencecah 2 jam.


View this post on Instagram

A post shared by Caprice (@capriceofficial)


Ruangan komen Caprice dibanjiri sehingga lebih 9 ribu komen dan rata-rata daripada mereka membanjiri kata-kata terima kasih dan tanda hormat namun bukan sahaja daripada pengikutnya, malah juga daripada rakan-rakan selebriti yang turut menyokong tindakan Caprice untuk berhadapan dengan orang Israel bagi mengulas isu kemanusiaan ini.

Mereka juga turut memuji sikap Caprice yang penyabar serta dapat bertutur dalam bahasa yang sopan meskipun dalam keadaan yang tegang itu.

Difahamkan, keadaan semasa IG live berlangsung sangat tegang di mana Orin dan Shiraz masing-masing tidak mahu mengalah dalam ‘perbincangan’ tersebut dan mereka seakan tidak memberi peluang kepada Caprice untuk mengulas pendapatnya.

Malah, lebih menyakitkan hati orang ramai apabila Caprice bertanyakan beberapa soalan, mereka seolah-olah berdalih daripada menjawab soalan Caprice tersebut.

Malah, selepas sesi IG live tersebut, Shiraz telah memuat naik pandanganya dan bercerita terhadap IG live tersebut menerusi Insta Story di akaun miliknya dan salah seorang pengguna Twitter telah memuat naik sebuah ciapan yang menterjemah apa yang Shiza katakan.

so whoever watched this too after she went Live with Caprice, i’d translate some words but not sure not really clear #FreePalestine pic.twitter.com/53rMQAIA66 — yie ᥫ᭡🍓| 🧈🇲🇾🇵🇸 (@kimytae_) May 20, 2021

Apa-apapun ini adalah antara langkah yang bijak untuk dilaukan bagi menyebarkan kebenaran dan juga kebaikan.

Salute Caprice!

0 views0 comments