• Jonathan Shiek

Seramai 401,105 Pelajar Akan Mula Menjawab SPM Pada Hari Ini

Hari ini, seramai 401,105 calon sekolah yang akan mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 bagi seluruh negara bagi yang menduduki peperiksaan tersebut hari ini. Para pelajar juga akan berbekalkan pen dan ilmu pengetahuan seperti kebiasaanya ketika memasuki dewan peperiksaan. Tapi, tak pula pada tahun ini dimana para pelajar perlu memakai pelitup muka bagi mencegah penularan wabak tersebut.

Pada hari pertama peperiksaan hari ini, calon akan menjawab subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2, pelajar SPM bermula pukul pada 8 pagi ini dan juga 2 petang. Bagi menjamin keselamatan kesemua calon, penyediaan 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan dengan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP).


Selain dari itu juga, calon yang didapati positif COVID-19 akan diarahkan kuarantin kerana merupakan kontak rapat yang tak dibenarkan menduduki peperiksaan pada hari tersebut. Pelajar tersebut hanya dibenarkan menduduki peperiksaan yang dijadual semula selepas disahkan berada dalam keadaan sihat oleh doktor yang merawat berserta surat pengesahan doktor.

Walau apa-apa pun, kami semua mendoakan para calon SPM tahun ini dapat menjawab dengan baik dan tenang, semoga berjaya dalam dunia pelajaran dan sukses dimasa akan datang. Selamat menjawab peperiksaan para calon SPM!

Sumber artikel asal dari Astro Awani

#Calon #SPM

0 views0 comments