• Jonathan Shiek

Seorang Warga Emas Maut Selepas Tercekik Kuih Buah Melaka

Seorang warga emas maut selepas tercekik buah melaka ketika menjamah kuih berkenaan di rumahnya di Kampung Lentang semalam.

Mangsa, Siti Meriam Abdul Rafar, 82, disahkan meninggal dunia di Hospital Lipis selepas disahkan oleh Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor.

Menurutnya, punca kematian wanita itu adalah kerana tercekik.

“Ketika kejadian, mangsa sedang menikmati juadah berkenaan bersama anak lelakinya,” katanya.

Katanya lagi, mangsa yang tinggal di Kampung Lentang itu segera dikejarkan ke hospital oleh anak lelakinya berusia 41 tahun selepas menyedari ibunya tercekik kuih berkenaan.

“Pada mulanya anaknya menghubungi pihak klinik kampung memaklumkan kejadian itu namun dia dinasihatkan supaya terus membawa mangsa ke Hospital Lipis,” katanya.

Sumber: Harian Metro

0 views0 comments