• Syaziyah Md Sharif

Seorang Warga Emas Mati Mengejut Di JPJ, Bangi

Dia didapati tidak menyedarkan diri di tempat menunggu


Seorang lelaki warga emas ditemui tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) cawangan Bangi semalam.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian daripada seorang individu pada pukul 10.21 pagi.


“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 76 tahun dan ditemui tidak sedarkan diri di kerusi tempat menunggu di kaunter JPJ berkenaan.


“Ambulans telah dihubungi dan pegawai kesihatan telah mengesahkan kematian warga emas terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Mohd. Zaid memberitahu, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kajang untuk tindakan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi pegawai penyiasat atau hadir di mana-mana balai polis berhampiran untuk memberi maklumat,” jelasnya.



Sumber: Kosmo!

17 views0 comments