• Syaziyah Md Sharif

Seorang Wanita Rugi RM 8,100 Kerana Beli Emas Di Facebook

Updated: Sep 24, 2021

Seorang wanita berusia 35 tahun telah tertipu apabila ingin membeli emas melalui media sosial, Facebook pada 10 Disember lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, suspek menyiarkan iklan palsu menggunakan nama sebuah kedai emas yang benar wujud.

Wanita tersebut tertarik dengan gelang tangan seberat 21 gram yang bernilai RM 4,600. Beliau membuat jual beli menggunakan platform Whatsapp.

Beliau lalu memasukkan jumlah tersebut dalam akaun bank seorang lelaki, tetapi pada 11 Disember, wanita itu disuruh memasukkan tambahan RM 2,000 kerana menurut penjual itu berat gelang itu adalah 31 gram.

Esoknya, beliau diminta menambah lagi RM 1,500 kerana penjual itu berkata lagi berat gelang itu adalah 38 gram.

Mangsa menyedari telah tertipu dan tampil membuat laporan di Balai Polis Kuala Rompin (semalam). Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo

0 views0 comments