• shafika9

Seorang Lelaki Tertelan Telefon Bimbit Nokia 3310

Macam mana dia boleh hidup sehingga empat hari pulak tu ?

Kredit foto: Metro


Seorang lelaki telah dilaporkan tertelan sebiji telefon bimbit jenis Nokia 3310 dan dibiarkan di dalam perutnya selamat empat hari. Kalau ikut logik akal fikiran, mungkin ia meragut nyawa lelaki berkenaan. Tetapi dia masih dapat meneruskan kehidupan seperti biasa selamat empat hari tersebut.


Sepasukan doktor dari sebuah hospital terpaksa mengeluarkan telefon bimbit daripada perut lelaki berusia 33 tahun itu melalui kaedah endoskopi. Saiznya yang terlalu besar menjadikan telefon itu tidak boleh dicerna serta membahayakan nyawa kerana asid bateri yang bersifat menghakis dan boleh bocor di dalam perut si mangsa itu.


Skender Teljaku yang mengetuai pasukan perubatan menerusi laman Facebook miliknya berkongsi foto telefon bimbit tersebut selepas ia dikeluarkan beserta imbasan X-ray dan imej endoskop. Teljaku berjaya mengeluarkan objek tersebut dari dalam perut lelaki terbabit tanpa memotongnya. Prosedur itu juga berjaya tanpa sebarang komplikasi.


Sumber asal dari Kosmo!


0 views0 comments