• shafika9

Seorang Lelaki Maut Ketika Cuba Kukus Cendawan Di Ulu Tiram

Updated: Sep 24, 2021

Ulu Tiram, Johor Bahru seorang ahli perniagaan, 52 tahun maut akibat letupan gas semasa cuba untuk kukus cendawan di sini. Kejadian tersebut berlaku di waktu pagi pada pukul 11.40 pagi bersamaan hari Selasa (15 Disember) menurut dari Timbalan Supritendan Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, Pegawai Polis Seri Alam.

Mangsa dikenali Ong Kim Hin, memiliki penanaman cendawan di pusat membeli-belah bersama seorang pekerja lain ketika kejadian itu berlaku pada waktu tersebut. “Terdapat pemasangan gas silinder dan penjana stim ketika Ong menghidupkan gas api sebelum berlaku letupan di hadapannya” ujarnya.


Sumber: Berita Harian

Kemalangan yang tak disangkakan, “Ong tercampak sehingga mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan luka teruk. Mangsa juga mati ditempat kejadian” tambahnya lagi. Kes ini direpotkan sebagai kematian mengejut.

Mayat mangsa telah pun dihantarkan ke Hospital Sultan Ismail untuk pembedahan. Anggota bomba juga memastikan tiada lagi kebocoran gas berlaku di situ sebelum meninggalkan kawasan tersebut, tambahnya.

Sumber artikel asal dari TheStar

#cendawan #kukus

0 views0 comments