• Jonathan Shiek

Seorang Lelaki Dapat ‘Durian Runtuh’, Menteri ‘Beli’ Durian RM500 Sebiji!

Lelaki yang tular ‘menjual’ durian kampung RM500 semalam tidak menyangka apabila dia mendapat ‘durian runtuh’ daripada seorang menteri.

Berkongsi kisah tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Wan Mahusin Wan Zain berkata, selepas videonya tular di laman sosia, dia telah dihubungi oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan petang semalam.

Credit: Wan Mahusin


“Terkejut tiba-tiba dapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, katanya hendak beli durian viral atas cermin kereta saya.

Menurut Wan Mahusin, walaupun durian itu sudah dimakannya, menteri tersebut telah meminta nombor akaun banknya supaya dapat memberikan sedikit sumbangan.

“Beliau minta no akaun dan sumbang untuk menampung kos, rezeki saya hari ini,”katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki tular di media sosial apabila beliau mencuba untuk ‘jual’ durian RM500 yang terjatuh diatas keretanya sehingga menyebabkan cermin kereta beliau pecah teruk.


Sumber: Kosmo!

0 views0 comments