• Jonathan Shiek

Seorang ‘Datuk Seri’ Didakwa Cabul Anak Sendiri

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tiga pertuduhan mencabul dan mengaibkan kehormatan anak kandungnya sejak tahun lalu.

Tertuduh berusia 49 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Wong Chai Sia.

Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada 16 Julai tahun lalu, di antara jam 1 hingga 2 pagi di ruang tamu sebuah rumah di Taman Kosmo Jaya, Sentul, di sini.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu pada 9 Januari lalu di hadapan bilik tidur di sebuah rumah di Taman Kosmo Jaya, Sentul, di sini

Menurut mahkamah, perbuatan itu dilakukan pada 17 Julai tahun lalu di dalam kereta di antara jam 12.45 malam hingga 1 pagi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Md Azahari Abu Hanit, manakala tertuduh diwakili peguam bela, M Puravalen.

Md Azahari memohon mahkamah supaya mengenakan jaminan RM100,000 kerana mengambil kira status tertuduh sebagai ahli perniagaan berjaya yang mempunyai pasar mini di sekitar Lembah Klang dan bagi memastikan kehadirannya ke mahkamah sepanjang tempoh perbicaraan.

Md Azhari turut memohon mahkamah supaya meminta tertuduh menyerahkan pasport dan larangan mengganggu saksi dan mangsa sepanjang tempoh perbicaraan.

Sebelum ini, media melaporkan perbuatan tertuduh terbongkar apabila anak perempuannya nekad membuat laporan polis pada 14 Januari lalu.

1 view0 comments