• Syaziyah Md Sharif

Seorang Bayi Gagal Diselamatkan Selepas Terjatuh Ke Dalam Mangkuk Tandas

Bayi itu dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya semasa hendak membuang air besar

Kredit Foto: Kosmo!

Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan maut dipercayai lemas selepas lemas akibat terjatuh dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Sekinchan, Selangor semalam.


Bayi itu dilahirkan tanpa sengaja oleh ibunya yang berusia 37 tahun semasa hendak membuang air besar.


Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 4.03 petang dengan sembilan anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan dikejarkan ke lokasi.


Kejadian berlaku apabila wanita yang hamil tujuh bulan itu melahirkan anak secara tidak sengaja di dalam tandas semasa membuang air besar dan bayi lelaki yang dilahirkan itu telah terjatuh ke dalam mangkuk tandas.


“Bomba kemudian memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan bayi tersebut yang mengambil masa 10 minit, pasukan perubatan kemudian mengesahkan bayi itu meninggal dunia,” katanya


Hafisham memberitahu, ibu mangsa dalam keadaan stabil dan dihantar ke Hospital Tanjung Karang untuk rawatan.




Sumber: Kosmo!

12 views0 comments