• Jonathan Shiek

Seorang Ayah Jual Anak Demi Bercuti Dengan Isteri Baharu

Kejadian yang berlaku di Zhejiang, China apabila seorang lelaki telah dituduh menjual anaknya yang berusia dua tahun dan menggunakan wang tersebut untuk bercuti dengan isteri baharunya.

Lelaki tersebut menjual anak lelakinya Jiajia untuk meringankan beban penjagaan. Difahamkan lagi, lelaki berkenaan kerap bertengkar dengan isteri pertamanya menyebabkan mereka memilih untuk berpisah. Selepas bercerai Xie diberi hak penjagaan anak lelaki manakala bekas isterinya mendapat hak jagaan anak perempuan mereka.

Xie juga tak boleh beri komitmen untuk menjaga anak lelaki dengan sepenuhnya setelah bekerja di bandar lain. Maka dia terpaksa meninggalkan anak lelakinya untuk dijaga oleh adiknya Lin dan ahli keluarga di Huzhou.

Kemudian, Xie pulang bulan lalu untuk mengambil semula anaknya atas alasan mahu dibawa bertemu dengan bekas isterinya. Lin mendapati anak saudaranya tak pernah tiba di rumah ibu kandungnya menyebabkan Lin melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis. 

Polis memaklumkan siasatan awal mendapati Xie telah menjual anaknya sendiri kepada pasangan tanpa anak di Changsu dengan harga 158,000 Yuan (kira0kira RM 100,200). Hasil wang berkenaan digunakan untuk bercuti dengan isteri baharunya, kata jurucakap polis.

Xie dan isteri baharunya kini berdepan dakwaan melakukan jenayah paksaan dan anaknya jiajia dikembalikan semula kepada bapa saudaranya Lin.

Sumber artikel asal dari Sinar Harian

0 views0 comments