• Jonathan Shiek

Semua Sektor Ekonomi Dibenarkan Beroperasi Semula Semasa PKP 2.0

Kerajaan akhirnya memutuskan untuk membenarkan perniagaan, pengusaha kecil seperti pemilik kedai gunting rambut, penjagaan diri, kedai jahitan dan perkhidmatan mencuci kereta.

Tujuan bagi mengelakkan sektor-sektor ekonomi di kalangan warga tempatan gulung tikar apabila mereka tak dibenarkan lagi beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Pemuda Negara, Dr Afif Bahardin berkata “kerajaan tak boleh hanya membuat andaian semata-mata bahawa mereka ini adalah punca merebaknya jangkitan COVID-19. Sektor yang didominasi oleh golongan orang muda, perlu dipertimbangkan untuk beroperasi dengan menggariskan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih ketat sekiranya perlu”.

Tambahnya lagi, “sebelum ini kerajaan menetapkan SOP, bagi pengurangan perniagaan kecil. Tapi, ia menyebabkan masalah aliran tunai dan mereka terjerumus dalam bebanan hutang dan risiko bankrap,” katanya menurut kenyataan dalam laporan Astro Awani. 

Sumber artikel asal dari Astro Awani

1 view0 comments