• Jonathan Shiek

Selipar Terbaru Dari Bata Malaysia, Ditawarkan ‘Wallet Friendly’

Baru-baru ini, kita dikecohkan dengan tawaran selipar Noor Neelofa Mohd Nor yang menjadi sebutan hangat dikalangan netizen dengan selipar ‘Mesra Muslim’ hasil kolaborasi jenama selipar tempatan. Selipar berkenaan yang dijual pada tanda harga RM 79.90 sepasang dirasakan mahal oleh sesetengah individu.


View this post on Instagram

A post shared by TheNoor™ (@thenoor.co)


Kini jenama kasut yang paling digemari oleh rakyat Malaysia iaitu Bata nampaknya telah mengeluarkan produk terbaru dengan menampilkan iklan yang menghadirkan ciri ‘Wallet Friendly’.


View this post on Instagram

A post shared by Bata Malaysia (@batamalaysia)


Iklan tersebut yang sangat melucukan buat sesetengah netizen kerana syarikat pesaing secara tidak langsung berjaya menghiburkan hati para netizen yang melihatkan isu selipar ‘Muslim Friendly’ yang sedang hangat diperbincangkan. Mari kita lihat komen-komen dari para netizen dibawah ini yang mencuit hati.

Harga yang ditawarkan oleh Bata Malaysia cuma RM 39.99, para pengguna boleh mendapatkan selipar dengan tapak yang lembut dan ringan diseluruh rangkaian kedai Bata dan juga di Shopee dengan harga lebih berbaloi.

Sumber artikel asal dari VOCKET

1 view0 comments