• Syaziyah Md Sharif

Selepas Lee Zii Jia, Kini Nur Izzudin Pula Jadi Tumpuan Netizen

"Muka macam Putera Mateen!"

Kredit Foto: Instagram @nur_izzuddin_97

Pemain badminton beregu negara Nur Izzuddin Mohd Rumsani mencuri tumpuan netizen kerana mempunyai rupa paras yang 'helok'.


Penampilannya di acara Thomas Cup baru-baru ini menarik perhatian ramai selepas menumpaskan lawan dari Canada selepas bergandingan dengan Soh Wooi Yok pada Rabu lepas.


Selain persembahannya luar biasa yang ditunjukkan semasa perlawanan badminton tersebut, atlet berusia 24 tahun itu juga menarik perhatian ramai netizen dek kerana ketampanannya.

Malah, seorang pengguna TikTok dengan nama @/imanmulamemasak memuat naik video kompilasi khas Izzuddin yang diambil semasa permainan Rabu lepas.


Video pendek itu menjadi viral dalam laman sosial tersebut, dengan lebih daripada 260 ribu tontonan dan 35 ribu tanda suka setakat ini.


Menjenguk ruangan komen, ada juga yang menyatakan bahawa ciri wajah pemain No. 26 dunia itu kelihatan sangat mirip dengan Putera Abdul Mateen, putera Sultan Brunei.


Fuh!




Sumber: TikTok @imanmulamemasak

25 views0 comments