• Syaziyah Md Sharif

Selepas Dirogol Abang Kandung, Mangsa Berusia 13 Tahun Pula Dihalau Keluar Rumah

Sangat tidak adil ya!

Seorang remaja perempuan 13 tahun menjadi mangsa rogol abang kandung sendiri, tetapi dia pula yang dihalau keluar rumah.


Baru-baru ini, tular kejadian yang menimpa pelajar sekolah itu yang didedahkan oleh seorang doktor di Pantai Timur sebelum dikongsi oleh pengguna Twitter, @/chairman_GLC.


Dalam perkongsian tersebut, mangsa kini mengandung tujuh bulan manakala abangnya pula yang berusia 16 tahun dihantar ke sekolah pondok.

Lebih menyedihkan, ibu bapa mangsa membuat laporan polis sebelum tetapi menarik semula laporan tersebut kerana bimbang anak mereka dimasukkan ke penjara dan mangsa kini dikatakan tinggal bersama keluarga angkat yang baru dua bulan dikenali kerana ibu bapanya tidak mahu penduduk kampung mengetahui kejadian tersebut.


Menurut tweet tersebut, ibu bapa mangsa juga tidak melawat anak mereka sejak November 2021, dan ketika ditanya mengenai perasaannya, remaja itu memberitahu dia berasa marah dengan abangnya, namun pada masa sama sedih kerana tidak bersekolah seperti remaja seusianya.


“Ini semua bukan salah awak, saya berasa kasihan dengan awak dan bayi (yang dikandung). Semoga Allah memberikan kekuatan dan perlindungan kepada awak,” kata doktor itu.


Di sebalik kejadian yang menimpa mangsa, difahamkan, sudah ada individu yang bersetuju untuk mengambil bayi tersebut sebagai anak angkat, malah Pihak Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) turut dilibatkan dalam kejadian ini dan laporan polis telah dibuat oleh pihak hospital dan klinik sebelum ini.


Perkongsian di Twitter itu menarik ramai perhatian netizen dan rata-rata ramai yang marah serta menganggap perkara itu sangat tidak adil.





Sumber: Twitter


18 views0 comments