• Jonathan Shiek

Selepas Dikecam Teruk Kerana Hina OKU, Baby Shima Lakukan Permohonan Maaf

Penyanyi Baby Shima menimbulkan kemarahan netizen selepas bertindak meniru aksi dan seolah-olah mengejek golongan orang kelainan upaya (OKU).

Menerusi video berdurasi 18 saat yang dimuat naik dalam akaun TikTok, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 29, seakan-akan mempersenda kekurangan mempersendakan aktivis Zhariff Afandi, OKU yang kudung tangan ketika muncul dalam sebuah temu ramah program televisyen.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan tindakan dan cara melawak yang dilakukannya selain disifatkan sebagai tidak sensitif.

Walau bagaimanapun, penyanyi tersebut telahpun membuat permohonan maaf menerusi laman Instagramnya dimana beliau berhubung dengan Zhariff sendiri.


View this post on Instagram

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)


Semoga tidak berulang lagi perkara seperti ini ya…

#babyshima

0 views0 comments