• Syaziyah Md Sharif

Selepas 10 Minggu Bertanding, Aliff Aziz Menjadi Juara Gegar Vaganza 8

Tahniah!

Kredit Foto: mStar

Gegar Vaganza merupakan sebuah rancangan realiti hiburan Astro yang menampilkan barisan penyanyi-penyanyi lama diberi peluang beraksi dan seterusnya menempa nama dalam industri muzik tanah air sekali lagi.


Tahun ini, rancangan realiti tersebut bertemu peminat buat kali kelapan dan pertandingan itu menampilkan 12 orang penyanyi dari dalam dan luar negara.


Semalam, penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz memecah jangkaan ramai apabila berjaya menundukkan lima peserta lain, terutama Nikki Palikat dan Suki Low yang disebut-sebut sebagai juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi.


Kedudukan naib juara pula disandang oleh Nikki yang membawa pulang wang tunai RM50,000, manakala di tempat ketiga pula milik Suki yang berjaya membawa pulang RM30,000 dan Adibah Noor mengungguli tangga keempat dengan membawa pulang RM20,000.


Dalam pada itu, Azan Scan sekadar berpuas hati meraih kedudukan kelima dengan membawa pulang wang tunai RM15,000, manakala Aweera berada di tangga keenam dan berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000.




Sumber: Kosmo!

11 views0 comments