• Jonathan Shiek

Selebriti Media Sosial Kaut Keuntungan Sebanyak RM 99 Juta, Rupanya Kaki ‘Scammer’

Seorang berpengaruh Instagram yang mempunyai pengikut seramai 2.4 juta mengaku terlibat dalam pengubahan wang haram selepas memperdaya orang ramai melibatkan jumlah 17 juta pound (RM99 juta). Ramon Abbad menggunakan wang haram itu bagi menikmati gaya hidup mewah dan penuh bergaya.

Suspek yang berasal dari Nigeria kini ditangkap di Dubai dengan menghabiskan masa selama enam bulan di sana selepas dikesan oleh Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI). Menurut Polis Dubai, pihaknya menemukan wang tunai 29 juta pound (RM 170 juta), 13 kereta mewah bernilai 5 juta pound (RM 29 juta), telefon bimbit dan komputer riba mengandungi lebih 100, 000 fail penipuan serta dua juta alamat bakal mangsa seterusnya.

Abbas didakwa bersama dua individu lain di Amerika Syarikat serta tiga lagi dipercayai berada di Afrika. Kesemua mereka dituduh bersekongkol dalam melakukan penipuan, konspirasi terlibat dengan pengubahan wang haram serta pencurian identiti. Sejak Abbas ditangkap, dia tak pernah memuat naik sebarang gambar di Instagram melainkan gambar kereta mewah, jet peribadi dan baju yang dihasilkan oleh pereka fesyen sebelum ini.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia

0 views0 comments