• Jonathan Shiek

Selalu Tonton Jejak Rasul, Pelajar India Syukur Raih A+ Dalam Tasawwur Islam

Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang diumumkan semalam menyaksikan pelbagai cerita dan reaksi oleh kesemua calon dan juga keluarga, beberapa perkongsian telah tular dan salah satunya adalah kisah adik Easwaran.

Bagi personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya pula, beliau cukup terharu dengan pencapaian seorang pelajar lelaki berbangsa India yang meraih gred 1A+ bagi subjek Tasawwur Islam dalam keputusan SPM 2020.

Lebih membanggakan apabila pelajar tersebut, Easwaran berkata beliau sering menonton rancangan ilmiah seperti Jejak Rasul yang dihoskan Fedtri sendiri bagi menimba ilmu pengetahuan terutama mengenai Islam.

Menerusi laman Twitternya, personaliti TV itu berkongsi;

Pelajar India yang selalu dm tanya-tanya soalan berkaitan Jejak Rasul, cemerlang dalam #SPM2020 👍👍 Tasawwur Islam pun dapat A+ 😊 pic.twitter.com/rPHDlvthI2 — Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 10, 2021

Malah, Fedtri mendedahkan pelajar itu juga sedang melaksanakan Puasa 6 yang dijadikan sebagai amalan walaupun tahu dirinya bukan beragama Islam.

Moga menjadi asbab hidayah 🤲 pic.twitter.com/HPNyZv56tH — Fedtri Yahya🇲🇾 (@fedtriyahya) June 10, 2021

Tahniah adik Easwaran!

1 view0 comments