• Jonathan Shiek

Sekumpulan Monyet Bergaduh Akibat Krisis Makanan Yang Tidak Mencukupi

Kejadian yang berlaku di Lopburi, Thailand apabila dua kawanan monyet liar bergaduh di tengah jalan di bandar tersebut akibat kekurangan makanan berpunca daripada pandemik COVID-19.

Kebiasaannya, monyet-monyet ini akan diberi makan oleh pelancong, namun wabak COVID-19 mengakibatkan kehadiran pelancong hampir tiada. Menerusi dari video yang dimuat naik di internet, dua kawanan monyet tersebut dilihat bergaduh di hadapan sebuah tokong lama.


Kedua-dua kumpulan monyet mula beredar dan bergaduh pula di sebuah simpang yang sibuk dengan kenderaan lalu lintas sehingga pemandu kereta dan motosikal berhenti beberapa minit di jalan tersebut. Ada beberapa ekor monyet yang melompat kerana ingin menunjukkan kekuatan sebelum mula berlawan sesama sendiri.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments