• Jonathan Shiek

Seekor Kelawar Punca Kapal Terbang Berpatah Balik

Sebuah pesawat terpaksa berpatah balik selepas seekor kelawar tiba- tiba muncul dan terbang di dalam kabin, lapor akhbar The Sun.

Satu rakaman video menunjukkan pesawat jenis Boeing 777 milik Air India yang berlepas ke New Jersey, Amerika Syarikat berpatah balik selepas 30 minit berlepas dari lapangan terbang.


Difahamkan, kapten kapal terbang itu berpatah balik ke pangkalan asal di Delhi selepas melaporkan insiden itu kepada Pusat Kawalan Trafik Udara.

Pegawai Direktorat Jeneral Penerbangan Awam (DGCA) berkata penerbangan itu berpatah balik ke Delhi selepas beberapa kru penerbangan menyedari kelawar itu terbang berkeliara. di dalam kabin.

Sebaik mendarat, pihaknya kemudian memanggil pegawai hidupan liar untuk menangkap kelawar itu.

Pesawat itu kemudian diasapkan dan bangkai kelawar itu ditemukan di bahagian kelas penerbangan perniagaan.

Jabatan keselamatan penerbangan Air India dilaporkan akan menyiasat insiden tersebut.

Bagimanapun, laporan awal daripada pasukan kejuruteraan syarikat penerbangan itu memaklumkan bahawa pelepasan haiwan itu dalam pesawat adalah berpunca daripada pihak ketiga.

Kesemua penumpang pesawat itu kemudian ditukarkan untuk menaiki penerbangan Air India yang lain dan selamat mendarat di Newark, New Jersey, Amerika Syarikat pada pukul 11.35 pagi waktu tempatan.

0 views0 comments