• Jonathan Shiek

Sebabkan Nak Tangkap Isteri Curang, Sanggup Mohon Surat Rentas Negeri!

Tujuan seorang lelaki untuk merentas negeri dengan meminta izin balai polis berdekatan untuk menangkap isterinya yang curang dengan lelaki lain tular di laman Twitter sejak hari Sabtu lepas.

Menerusi satu hantaran di akaun Twitter @/AimanAfiq_s beliau memaparkan bukti surat rentas negeri rakannya yang mahu menangkap isterinya yang bercinta dengan lelaki lain mendapat kelulusan dari balai polis tersebut.

Menurutnya, kejadian tersebut benar-benar terjadi dan dia sudah pun meminta izin rakannya untuk menularkan cerita tersebut di laman Twitter.

Haa awak nak rentas negeri sebab apa ni? Nak tangkap bini bercinta ni bang. Ni real ya, surat kawan aku sendiri ni dia share. *dah mintak izin owner untuk post, lepas dah setel tu dia nampak lebih tenang. pic.twitter.com/QGOhQSl9ar — Aiman Afiq. (@AimanAfiq_s) June 26, 2021

Tweet yang mempunyai lebih 6K retweet itu rata-rata membuatkan netizen yang melalui perkara yang sama berkongsi pengalaman mereka;

Aku pernah alami dulu.. Memng tak tenang hati ni… Baik perempuan mahupun lelaki curang tu tak kira siape. Sebb tu setia itu mahal. Tapi ramai yang rugi kerana curang ni. Kahwin disebabkan nafsu dan harta tak kemane Baik kite same2 betulkn niat kite same2 mulai sekrg. — 🇲🇾Azlan Shah🇦🇪 (@TengkuAzlanSha2) June 27, 2021
Dulu kt tempat kerja pernah tgok ppuan sundal mcm ni. Bermanja-manja, bertepuk bertampar dgn lelaki lain. Suami dia dtg ambil lewat sikit je dah marah2. Apa ke sial ppuan mcm tu. — mohamad zaki (@s0n_ofzahri) June 27, 2021

Lain orang lain pengalaman, harap semuanya bertabah ya!

0 views0 comments