• Jonathan Shiek

Sebab ‘Kacau’ Orang Menyapu, Buaya Terdiam Dibebel Oleh Penjaga

Buaya merupakan sejenis haiwan reptilia yang digeruni oleh semua orang, bukan sahaja kerana saiznya yang besar malah kita sering dengar manusia menjadi ‘hidangan’ buat haiwan reptilia itu.

Kalau dengar sahaja ada buaya berdekatan mungkin kita terus lari ataupun merinding kan?

Lain pula cerita seorang pekerja di Taman Buaya Melaka ini, beliau sempat menunjukan situasi dimana beliau sedang membersihkan kawasan penempatan haiwan tersebut dan tanpa rasa gentar beliau telah membebel kepada buaya tersebut.

@bedamaumarah2 syg ARIS2😘🐊TAMAN BUAYA&REKREASI MELAKA

♬ bunyi asal – rizal@atan besi


Dalam video tersebut, pengguna TikTok dikenali sebagai @/bedamau itu dilihat ‘marah-marah manja’ kepada seekor buaya dihadapannya ketika dia sedang membersihkan daun kering di kawasan penempatan reptilia tersebut.

Menerusi video yang berlainan pula, jelas kedengaran lelaki itu mulai berleter dan memarahi buaya berkenaan kerana menggangu kerjanya.

Rata-rata komen oleh netizen menabik hormat pekerja tersebut kerana begitu berani!

Perkongsian yang dimuat naik oleh lelaki berkenaan telah mendapat lebih daripada 3 juta tontonan hanya dalam masa satu hari selepas dimuat naik.

Seram pulak tengok!

0 views0 comments