• Jonathan Shiek

Sebab Inginkan Rasa Insaf, Wanita Ini Pura-Pura Mati

Angka korban Covid-19 yang terus meningkat di seluruh dunia mendorong seorang wanita di Chile bertindak meraikan hidupnya dengan cara mengadakan majlis pengebumian palsu, lapor Daily Star.

Mayra Alonzo, 59, membelanjakan wang £710 (RM4,112) untuk menempah keranda dan berbaring di dalamnya selama beberapa jam sambil dikelilingi rakan-rakan dan ahli keluarga yang berpura-pura menangisi ‘pemergiannya’.

Alonzo memakai pakaian berwarna putih bersama mahkota diperbuat daripada kuntuman bunga. Dia kemudian memasukkan kapas ke dalam hidungnya dan berbaring di dalam keranda yang sudah ditempah.

Menurut laman berita tempatan, kos majlis pengebumian palsu tersebut meliputi keranda dan sajian makanan kepada tetamu.

Rakan-rakan, ahli keluarga dan jiran Alonzo juga merakam gambar majlis tersebut sambil menangis.

0 views0 comments