• Jonathan Shiek

Sebab Cium Mulut Kanak-Kanak, Pengasas Produk Diburu Polis

Polis sedang memburu seorang lelaki yang merupakan pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung videonya yang viral dalam media sosial memaparkan seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

From this… To this… pic.twitter.com/ofwhgNxGTj — Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 17, 2021

“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, video berkenaan tular dalam media sosial apabila seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.

Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dipadamkan.

Sumber: Harian Metro

#sexualgrooming

0 views0 comments