• Jonathan Shiek

‘Saya Tidak Akan Membasuh Telekung Putih Siti Sarah’ – Shuib

Sudah beberapa hari setelah isteri kepada pelawak Shuib, Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin sudah tiada. Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad, 37 tahun berkata salah satu daripada barangan itu adalah sehelai telekung arwah isterinya yang tidak akan dibasuh selama-lamanya. 

Telekung berwarna putih ini merupakan telekung kegemaran dan antara kerap dipakai semasa arwah isterinya masih hidup. Kini ia menjadi sebuah peninggalan paling berharga buat dirinya, hanya mampu dikenang dan menemani hidupnya. “ Ini telekung yang paling digemarinya. Jadi, memang tak akan dibasuh. Dia jarang pakai telekung lain. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada peninggalannya. Allahu Akbar. 

“Insya-Allah, telekung ini akan sentiasa mengikut saya ke mana-mana,” kata Shuib semasa majlis tahlil dan doa selamat yang dianjurkan secara maya malam kelmarin. Pada majlis tahlil dan doa selamat turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah.

Sumber artikel asal dari Kosmo!

0 views0 comments