• Jonathan Shiek

“Saya Mengaku Saya Bodoh”, Janna Nick Buat Permohonan Maaf

Pelakon tempatan, Janna Nick memohon maaf secara terbuka kepada netizen yang pernah terguris hati dengan perbuatannya sebelum ini.

Video permohonan maaf itu dimuat naik dalam Instagram miliknya semalam, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, meminta maaf sambil menangis kepada semua pengikutnya atas perbuatannya yang sering mengeluarkan kenyataan mengundang kecaman.

“Saya memohon maaf daripada semua seandainya saya ada mengguris perasaan sesiapa. Saya sedar akan kekhilafan saya dan saya sedar siapa lah saya tanpa sokongan anda,” tulisnya.

Janna yang sedang hangat menerusi drama bersiri Melastik Ke Bintang itu turut menggelarkan dirinya bodoh kerana bergaduh dengan netizen sedangkan selama ini merekalah yang menyokong kerjaya dan drama lakonannya.

“Bila kalian semua sokong drama tu, trendingkan drama tu, aku ni gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat yang sokong drama aku.

“Janna satu dan netizen kosong itu memang teruk. Saya minta maaf. Kenyataan pasal saya cakap orang biasa dengan artis, saya betul-betul tak ada niat nak bezakan artis dengan orang biasa.

“Di sini saya beritahu, artis itu juga orang biasa. Saya orang biasa dan saya buat salah. Saya harap sangat semua maafkan saya,” katanya menerusi video tersebut.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Janna bertikam lidah dengan netizen di laman Twitter. Malah, Janna turut dikecam apabila menggelar seorang netizen sebagai ‘loser’ (tak guna).

Sumber: Kosmo

#jannanick

0 views0 comments