• shafika9

Saya Masih Lagi Bahagia Bersama Isteri & Nikah Hanya Sekali - Ahmad Faizal

Siapalah yang membuat spekulasi ini ?

Kredit foto: Harian Metro


Terbaru Menteri belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dikatakan beliau sudah bernikah dengan selebriti terkenal, Erra Fazira. Tetapi beliau menafikan perkara tersebut kerana ia tidak benar.


Ahmad Faizal menegaskan bahawa, beliau cuma bernikah sekali saja dalam seumur hidupnya dan amat bahagia bersama dengan isteri serta anak-anaknya.” 51 tahun hidup, pertama kali saya mendengar soalan seperti ini. Saya cuma bernikah sekali. Itu pun dengan isteri saya dan saya amat bahagia dengan isteri dan anak-anak saya,” katanya.


Perkara tersebut dimaklumkan sendiri oleh beliau semasa menjawab soalan oleh Senator Datuk Razali Idris yang mahu mendapat kepastian susulan tular dakwaan kononya Ahmad Faizal bernikah dengan Erra Fazira.


Perkara ini mendapat tumpuan orang ramai kerana ia mula tular di media sosial kononya Erra Fazira sudah berkahwin dengan Ahmad Faizal sekaligus menjadi isteri kedua pada bekas Menteri Besar Perak itu.


Sumber artikel asal dari Kosmo!


10 views0 comments