• Jonathan Shiek

“Saya Dah Takde Baju Seksi” – Zizi Kirana Pasang Niat Ingin Berhijab Dalam Masa Te

Sebut je nama Zizi Kirana, mesti semua dah kenal. Penyanyi kecil molek yang cukup berbakat ini, bersinar di pentas AJL35 baru-baru ini dengan memenangi persembahan terbaik.

Tapi mungkin ada yang tak tahu, sebelum ini, Zizi sering menjadi tumpuan ramai kerana penampilannya yang agak seksi dan ‘daring’.

Tetapi kali ini, Zizi mengakui sudah tidak lagi memiliki pakaian seksi yang pernah dipakainya sebelum ini. Tapi dia takkan donate!

Menerusi laporan yang dipetik daripada Gempak, Zizi memaklumkan dia tidak mahu memberikan pakaian seksinya itu kepada orang lain kerana dia tidak mahu menggalakkan orang membuat dosa. Tambahnya, dia terdetik hati untuk berhijrah secara perlahan-lahan selepas dia kehilangan ramai orang tersayang termasuk ahli keluarga dan sahabat.

“Sejujurnya saya memang dah tak memiliki baju-baju seksi yang pernah dipakai sebelum ini.”

Penyanyi Eh ini juga akui bahawa dia sedang memperbaiki diri dan ingin melakukan perubahan secara perlahan-lahan dan tidak ingin terlalu drastik kerana dia mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa menguji.

Sumber: OhBulan

0 views0 comments