• Jonathan Shiek

“Saya buat salah” – Ryzal Duriankimchi Mohon Maaf Hina Pakaian Tradisi Iban

Selebriti media sosial, Ryzal Duriankimchi tampil membuat permohonan maaf secara terbuka di laman Instagramnya selepas menerima kecaman netizen susulan tindakannya yang menghina pakaian tradisi Iban.

Dalam kapsyennya, dia mengaku tidak menjaga sensitiviti masyarakat berbilang kaum di Malaysia dan dia bertanggungjawab atas tutur kata dalam gurauan tersebut.


View this post on Instagram

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)


“Sebenarnya penjelasan saya di sini, saya hanya bergurau dengan Maryam (isteri), waktu itu Maryam memakai pakaian tradisional Iban ketika rakaman untuk penggambaran.

“Saya memohon maaf kepada semua rakyat Sarawak dan juga rakyat Malaysia tetapi khususnya untuk kaum Iban kerana saya telah mencemarkan salah satu khazanah yang ada, yang korang simpan sampai sekarang,” katanya.

Antara lain, dia juga memohon agar perkara itu tidak diperbesarkan kerana sememangnya dia tidak berniat untuk menghina busana tradisi tersebut.

“Saya mohon jangan perbesarkan kes ini kerana saya tiada niat untuk menghina, menjatuhkan budaya masyarakat Iban.

“Saya juga berharap agar tiada isu berkaitan dengan apa yang berlaku melibatkan bayi yang dikandung oleh Maryam ketika ini,” tambahnya.

Sebelum ini, tular sebuah video di laman Twitter dan Instagram apabila Ryzal seolah-olah menghina busana kaum Iban

I find it's so sensitive for a "Public Figure" to make a joke about Iban Traditional Costume. This isnt funny at all. Ngepan Iban = Alas Meja, Kain Buruk? Ryzal Ibrahim who do you think you are? pic.twitter.com/RrOtCsFqSQ — Brolin G (@brolingolayous) May 26, 2021

0 views0 comments