• Jonathan Shiek

Sanggup Kejar Pesawat Kerana Tidak Sanggup Tinggal Di Afghanistan

Terdapat sebuah rakaman video yang memaparkan ratusan penduduk Afghanistan cuba mengejar pesawat yang meninggalkan negara itu tular di media sosial. Tindakan nekad itu dilakukan kerana penduduk di situ ingin segera keluar dari Afghanistan yang kini sudah dikuasai oleh tentera Taliban.

Kalau dilihat dari rakaman video tersebut, ramai yang cuba mengejar dan berpaut pada sayap kapal terbang untuk meninggalkan Kabul kerana tidak sanggup lagi tinggal di negara tersebut. 

#BREAKING: Here is 02-1109 almost 2 hours ago in #Kabul, #Afghanistan with a crowd of civilians running around trying to grab its wheels while it was taxiing before take-off! This #USAF C-17A serialled 02-1109 just landed in Al-Dhafra carrying almost 800 Afghan refugees onboard! https://t.co/OgM2G7aq1f pic.twitter.com/sZwwYDBGLi — Babak Taghvaee – Μπάπακ Τακβαίε – بابک تقوایی (@BabakTaghvaee) August 16, 2021

02-1109, a C-17A of #USAF carrying almost 800 Afghan refugees onboard left #Kabul, #Afghanistan almost 2 hours ago while a crowd of civilians were on the runway of the airport! pic.twitter.com/4ywaAmpsvz — Babak Taghvaee – Μπάπακ Τακβαίε – بابک تقوایی (@BabakTaghvaee) August 16, 2021

Kalau dilihat dari video ini, sekurang-kurangnya dua penumpang pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang digunakan dalam proses pemindahan penduduk di Kabul dilaporkan maut. Dua penumpang tersebut didakwa terkeluar dan terjatuh dari pesawat dalam dua insiden beransingan.

Namun media tempatan tidak dapat memastikan bagaimana insiden tersebut berlaku. Agensi berita di Kabul sebelum ini melaporkan, terdapat tiga penduduk Afghanistsan dipercayai berpaut pada bahagian roda pesawat ketika kapal terbang berlepas sebelum pegangan mereka terlepas lalu terjatuh di kawasan kediaman.

Terdapat beberapa saksi memberitahu, mereka terdengar bunyi benda jatuh yang kuat sebelum menyedari ada mayat terjatuh atas bumbung rumah. 

Airport in #Kabul… Listen .. #kabulairport #Afghanistan pic.twitter.com/0hsDWNqOFS — Natalie Amiri (@NatalieAmiri) August 16, 2021

Kekecohan yang sedang berlaku pada ketika ini yang menyebabkan operasi penerbangan terpaksa dihentikan buat sementara waktu bagi meredakan keadaan di lapangan terbang Kabul. Pada masa kini, lapangan terbang awam Kabul akan diserahkan sepenuhnya kepada pihak tentera.

Sumber artikel asal dari Utusan Malaysia & Kosmo!

1 view0 comments