• shafika9

Sanggup Berjimat Makanan RM 7.50 Sehari, Kini Sudah Memiliki 3 Rumah

Wanita Jepun ini sanggup ikat perut dengan hanya makan makanan sama setiap hari, untuk membeli rumah idaman

Kredit foto: The Japan Story


Berapa lama kebiasaan bagi orang biasa untuk memiliki rumah idaman tanpa berhutang? semestinya ia memakan masa yang lama, paling tidak pun bertahun-tahun untuk selesai bayaran rumah betul tak?. Tapi percaya tak korang, terdapat seorang wanita Jepun ini, sanggup hanya membelanjakan RM 11 sahaja untuk makan makanan sama setiap hari supaya dapat membeli rumah idamannya tanpa sebarang hutang? Semestinya mustahil bagi manusia biasa untuk teruskan hidup dengan cara sebegini.


Sejak usia Saki Tamogami masih 18 tahun lagi, dia telah mula berazam untuk memiliki tiga buah rumah apabila mencecah usia 34 tahun nanti. Pada usianya yang ke-27 tahun, Tamogami telah membeli rumah pertamanya di wilayah Saitama dengan berharga 10 juta yen (RM 374,984). Kemudian, dia membeli rumah keduanya pula ketika pada usia 29 tahun dengan berharga 18 juta yen (RM 674,970).


Pada tahun 2019, usianya yang sudah mencecah 34 tahun telah membeli rumah ketiganya dengan berharga 37 juta yen (RM 1,387,439). Kalau dilihat dari segi kehidupan Tamogami, agak mustahil untuk mengumpul duit dengan tempoh masa 16 tahun sahaja untuk memiliki tiga buah rumah.


Jadi bagaimana Tamogami boleh menyimpan wang perbelanjaan dan mampu boleh memiliki tiga buah rumah dalam tempoh yang singkat? menurut dari media tempatan, Tamogami hanya mengeluarkan duit sebanyak 200 yen (RM 7.50) setiap hari untuk pemakanannya. Dia terpaksa berikat perut supaya tidak mengeluarkan wang yang terlalu banyak untuk membeli makanan.


"Selagi saya boleh mengisi perut saya, apa yang saya makan tidak akan memberi sebarang perbezaan,” kata Tamogami dalam satu temubual.

Malah, Tamogami juga ingin menjual rambutnya dengan berharga 3,100 yen (RM116) pada usianya 29 tahun. Kini, dia tidak perlu lagi berbuat sedemikian, Tamogami mendapat wang dengan hanya mengutip wang sewa dari bilik yang disewanya.


Sumber artikel asal dari The Japan Story


16 views0 comments