• Syaziyah Md Sharif

Sampah Pelitup Muka Meningkat Dengan Mendadak

Kenaikan itu dilihat sehingga 9,000 peratus!

Gambar Hiasan

Jika sebelum ini plastik dilihat sebagai pencemaran yang paling tinggi kini sampah pelitup muka pula yang menjadi kerisauan. Kedua-duanya menjadi punca sampah yang berlebihan.


Data penyelidikan yang dikumpul dari 11 negara menunjukkan pencemaran topeng muka adalah perkara 'besar' seterusnya, sampah yang disebabkan oleh topeng muka telah meningkat sekitar 9,000%.


Kajian yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di Universiti Portsmouth itu turut mendapati keadaan itu diakibatkan oleh pandemik Covid-19 yang berterusan dan mandat pemakaian pelitup muka yang dikenakan oleh kerajaan di seluruh dunia.


Penemuan itu adalah berdasarkan data yang telah dikumpulkan di 11 negara iaitu Kanada, Perancis, Jerman, Sepanyol, Australia, Belgium, Sweden, New Zealand, Belanda, Britain dan Amerika Syarikat dengan bantuan aplikasi kutip sampah, Litterati.


“Secara keseluruhannya, kajian itu menunjukkan kesan peraturan penggunaan barangan, seperti pelitup muka boleh memberi kesan dengan menjadi sampah.


“Kami mendapati bahawa pelitup muka yang dibuang merata-rata mengalami peningkatan pantas dari Mac 2020, seterusnya membawa kepada peningkatan 84 kali ganda menjelang Oktober 2020,” kata ketua penyelidik, Dr. Keiron Roberts.




Sumber: Wionews

9 views0 comments